Perhatian kepada pelajar yang sedang mencari kursus pengajian di universiti swasta untuk menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia ada menyediakan sistem untuk menyemak senarai kursus pengajian yang disediakan oleh Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Semakan Kursus Pengajian Di IPTS tersebut boleh disemak secara online menerusi satu pautan ke Portal Semakan milik KPM yang akan dikongsikan di bawah.
Sebagai makluman, sistem ini terbuka kepada semua orang untuk mengakses maklumat kursus-kursus pengajian yang terdapat di semua IPTS berdaftar di Malaysia. Selain itu, tujuan sistem ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada semua orang memperoleh maklumat agar dapat membuat keputusan tentang jurusan pengajian yang sesuai dengan minat dan keinginan di peringkat pengajian tertiari dengan kelulusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semakan Kursus Pengajian IPTS Secara Online (Kursus Pengajian Ditawarkan Di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta)
Untuk memudahkan para pengguna, kami kongsikan panduan untuk pengguna membuat semakan kursus pengajian IPTS secara online:
Nota: Semakan kursus program pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) ini disediakan bagi kemudahan orang awam untuk mendapatkan maklumat berkenaan kursus-kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS dengan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
CARA MEMBUAT SEMAKAN e-IPTS
1. Sila layari pautan berikut untuk membuat semakan kursus pengajian IPTS:
2. Sila masukkan butiran-butiran seperti berikut:
- Tahap IPTS
- Nama IPTS
- Bidang
- Peringkat Pengajian
- Jenis Pengajian
- Kursus Pengajian
Dan tekan butang ‘Cari’ untuk memulakan proses pencarian kursus oleh sistem.
3. Senarai kursus akan dipaparkan di bahagian bawah skrin.
PEMAKLUMAN TENTANG KURSUS YANG TIDAK TERPAPAR
Antara sebab butiran kursus pengajian tidak dapat dipaparkan adalah seperti berikut:
- Kursus pengajian tersebut tidak dikemaskini IPTS dalam sistem e-IPTS
- Kursus pengajian tersebut mendapat kelulusan sebelum 2017
- IPTS tidak menggunakan nama kursus pengajian yang diluluskan oleh Kementerian
- IPTS tidak / belum mendapatkan kelulusan Kementerian sebelum menawarkan kursus pengajian tersebut
Maklumat Lanjut
Jika calon mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan semakan senarai kursus pengajian di IPTS, calon boleh melayari laman sesawang rasmi JPT seperti berikut:
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar. Semoga info yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar dalam membuat semakan eIPTS.