Semakan MyKid JPN : Status Permohonan dan Serahan

Perhatian kepada ibu dan bapa yang ingin membuat semakan status permohonan MyKid. Permohonan lazimnya dilakukan oleh ibu atau bapa setelah mempunyai anak masing-masing bagi memastikan data kelahiran yang sah dan urusan rasmi yang lain seperti kesihatan dan pendidikan. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan MyKid JPN secara atas talian iaitu untuk mengetahui Status Permohonan dan Serahan untuk panduan semua.

MyKid adalah dokumen penting bagi setiap warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke bawah. Kad pengenalan tanpa gambar yang mengandungi cip mikro ini sama seperti MyKad. Ianya dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan memainkan peranan penting dalam urusan rasmi seperti pendaftaran sekolah, urusan perubatan dan pelbagai keperluan lain.

Semakan MyKid JPN Status Permohonan dan Serahan

Semakan Status MyKid JPN : Status Permohonan dan Serahan

Kenyataan Media JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan, permohonan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) akan dibuka semula di semua Pejabat JPN bermula mulai Isnin, 29 Julai 2024.

JPN dalam satu kenyataan media terkini bertarikh 25 Julai 2024 memaklumkan bahawa permohonan itu boleh dibuat setelah ia ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah tersebut.

“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini (mempunyai resit permohonan MyKid), namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang telah dipilih. Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024,” jelas JPN.

Selepas tempoh itu, JPN menjelaskan status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

Info MyKid

Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan cara semak status permohonan MyKid JPN beserta tarikh serahan untuk rujukan semua. Ibu, bapa atau penjaga perlu mengikuti kaedah-kaedah yang diberikan supaya urusan permohonan kad berjaya dilakukan dengan lancar.

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  1. Aplikasi JPN (data kelahiran)
  2. Maklumat kesihatan
  3. Maklumat pendidikan

Kad ini mengandungi maklumat penting seperti:

  • Nama penuh
  • Nombor MyKid
  • Tarikh lahir
  • Alamat
  • Nama ibu bapa atau penjaga

Ianya juga dilengkapi dengan cip yang mengandungi maklumat peribadi kanak-kanak, yang memudahkan pelbagai urusan rasmi.

Cara Mohon MyKid

Proses permohonan MyKid adalah mudah dan boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPN di seluruh negara. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon :

1. Dokumen yang diperlukan:

  • Sijil Kelahiran asal dan salinan
  • MyKad ibu bapa atau penjaga asal dan salinan
  • Borang permohonan yang lengkap diisi (Borang JPN.KC02)

2. Proses Permohonan:

  • Kunjungi mana-mana pejabat JPN dengan membawa dokumen yang diperlukan.
  • Isi borang permohonan dengan lengkap dan serahkan kepada pegawai JPN.
  • Pegawai akan memproses permohonan dan memberikan resit sebagai bukti permohonan.
  • Pastikan anda mendapat Notis Kutipan MyKid yang tertera no MyKid untuk semakan status permohonan

3. Bayaran:

  • Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan kali pertama. Namun, untuk penggantian MyKid yang hilang atau rosak, bayaran tertentu akan dikenakan.

Semakan Status Permohonan MyKid

Selepas permohonan dibuat, anda boleh membuat semakan status permohonan mykid secara online, melalui beberapa cara:

1. Semakan Melalui Laman Web JPN:

  • Layari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my
  • Pilih e-service.
  • Klik pada menu ‘Status Permohonan MyKid’.
  • Masukkan nombor MyKid dan nombor CAPTCHA yang dipaparkan.
  • Klik butang ‘Semak’ untuk mendapatkan status terkini permohonan MyKid.
  • Jika paparan ‘Status Permohonan: MyKid sedia untuk diambil’ maka anda boleh datang ke cawangan JPN untuk mengambil MyKid yang dimohon

2. Semakan Melalui SMS

  • Taip JPN<jarak>MYKID<jarak>No. MyKid
  • Hantar SMS ke 15888
  • Contoh : JPN MYKID 151212 11 3343
  • Caj perkhidmatan sebanyak RM0.15 akan dikenakan sebagai caj penghantaran dan RM0.20 pula akan dikenakan sebagai caj penerimaan

3. Semakan Melalaui Panggilan Telefon:

  • Hubungi talian khidmat pelanggan JPN di 03-8000 8000.
  • Berikan maklumat yang diperlukan seperti nombor rujukan permohonan atau nombor sijil kelahiran.
  • Pegawai JPN akan memberikan maklumat terkini tentang status permohonan anda.

3. Semakan Melalui Pejabat JPN:

  • Kunjungi mana-mana pejabat JPN berhampiran.
  • Bawa resit permohonan dan dokumen pengenalan diri.
  • Pegawai JPN akan membantu anda menyemak status permohonan MyKid.

Proses Serahan MyKid

Setelah permohonan MyKid diluluskan dan kad siap untuk diserahkan, anda perlu mengambilnya di pejabat JPN yang anda pilih semasa membuat permohonan. Berikut adalah langkah-langkah untuk proses serahan MyKid:

1. Pemberitahuan Serahan: Anda akan menerima pemberitahuan melalui SMS atau surat rasmi daripada JPN bahawa MyKid sudah siap untuk diambil.

2. Dokumen yang Diperlukan untuk Serahan:

  • Resit asal permohonan.
  • MyKad asal ibu bapa atau penjaga.
  • Sijil Kelahiran asal kanak-kanak.

3. Proses Pengambilan:

  • Kunjungi pejabat JPN yang dinyatakan dalam pemberitahuan serahan.
  • Serahkan dokumen yang diperlukan kepada pegawai JPN.
  • Pegawai akan mengesahkan maklumat dan menyerahkan MyKid kepada anda.

4. Semakan MyKid:

  • Pastikan semua maklumat pada MyKid adalah betul sebelum meninggalkan pejabat JPN.
  • Jika terdapat sebarang kesilapan, maklumkan segera kepada pegawai JPN untuk tindakan pembetulan.

Kepentingan MyKid

MyKid memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kanak-kanak di Malaysia. Antara kepentingan MyKid adalah :-

1. Pendaftaran Sekolah:

MyKid digunakan sebagai dokumen pengenalan semasa pendaftaran sekolah. Ia memudahkan proses pendaftaran dan memastikan maklumat kanak-kanak adalah tepat dan terkini.

2. Urusan Perubatan:

MyKid juga digunakan semasa pendaftaran di klinik dan hospital. Maklumat peribadi yang terdapat dalam cip MyKid memudahkan pihak perubatan mengakses rekod kesihatan kanak-kanak dengan cepat dan tepat.

3. Pengeluaran Pasport:

MyKid diperlukan semasa permohonan pasport kanak-kanak. Maklumat dalam MyKid digunakan untuk memastikan identiti kanak-kanak semasa proses pengeluaran pasport.

4. Perlindungan dan Keselamatan:

MyKid membantu dalam mengenal pasti kanak-kanak jika berlaku kehilangan atau situasi kecemasan. Maklumat dalam cip MyKid boleh diakses oleh pihak berkuasa untuk tujuan keselamatan dan perlindungan.

Maklumat Lanjut

MyKid adalah dokumen penting yang memudahkan pelbagai urusan rasmi bagi kanak-kanak di Malaysia. Proses permohonan MyKid adalah mudah dan boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPN. Selain itu, semakan status permohonan boleh dilakukan melalui laman web, SMS, panggilan telefon atau kunjungan ke pejabat JPN. Setelah MyKid siap, proses serahan juga mudah dan jelas.

MyKid akan membantu urusan pendaftaran sekolah, perubatan, dan pelbagai keperluan lain menjadi lebih mudah dan cepat. Oleh itu, pastikan anda membuat permohonan MyKid seawal mungkin dan menyimpan kad tersebut dengan baik.

Dengan memahami cara memohon, menyemak status, dan mengambil MyKid, anda dapat memastikan bahawa segala urusan berkaitan anak-anak anda berjalan dengan lancar dan efisien. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Semakan MyKid JPN : Status Permohonan dan Serahan, sila rujuk:

Rel : mykid anak, lahir hingga ke akhir hayat, tujuan pemeriksaan kesihatan persekolahan, digunakan di dalam semua urusan, mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak, urusan dari lahir, kad atau di dalam cip, klinik bagi tujuan pemeriksaan, nombor pengenalan diri kanak-kanak, kanak kanak yang berumur, borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta, no 20 persiaran perdana presint 2, ibu pejabat jabatan pendaftaran negara putrajaya, untuk kanak kanak yang berumur di bawah 12 tahun, utama yang berumur di bawah 12 tahun, untuk kanak yang berumur di bawah 12 tahun,

mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta

nombor pengenalan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta, sijil kelahiran malaysia borang w asal, kutipan di bawah 12 tahun.ciri mykid adalah sama seperti mykad, dokumen pengenalan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta, nombor mykid anak dan kod, telefon 03-8000 8000 faks 03-8880 8288, penukaran pusat kutipan mykid adalah tidak dibenarkan, dimohon pada tahun 2023 dan ke bawah, 31 oktober 2024 iaitu selama 3 bulan, julai 2024 iaitu selama 3 bulan, dokumen pengenalan diri pemohon ibu atau bapa, mengurangkan penggunaan diri pemohon ibu atau bapa, ibu pejabat jabatan pendaftaran negara jpn,

Tinggalkan Balasan