Cara Semak Syarat Kelayakan Mohon UPU. Layak atau tidak anda untuk memohon UPU? Berikut dikongsikan cara membuat semakan syarat UPU iaitu syarat kelayakan am dan khas program pengajian berdasarkan kepada kelulusan akademik pemohon. Para pelajar lepasan SPM/ STPM dan setaraf yang ingin membuat application kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti boleh membuat semakan sebelum memohon.
Untuk makluman, tarikh application UPU sesi 2024/ 2025 Fasa 1 adalah bermula pada 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024 (Lepasan SPM/ setaraf) & (Lepasan STPM/ setaraf). Terdapat beberapa sistem kaedah semakan secara atas talian yang telah diwujudkan oleh JPT dan Politeknik bagi membolehkan para pelajar untuk menyemak kursus yang bersesuaian dengan keputusan akademik mereka. Antaranya adalah e-Panduan dan sistem emas.
Semakan Syarat Kelayakan Am Dan Khas UPU 2024 Secara Atas Talian
Berikut dikongsikan cara membuat semakan syarat UPU iaitu untuk syarat kelayakan am dan khas untuk kursus program pengajian ke Universiti Awam (UA)/ IPTA, Politeknik dan ILKA sesi kemasukan 2024/ 2025. Untuk makluman dan bermula dari bulan Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diganti dengan Universiti Awam (UA). IPTA pula diguna pakai bagi merujuk kepada Kolej Komuniti dan Politeknik.
Untuk makluman, terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ada ditawarkan di kemasukan UPU. Lepasan SPM/ STPM termasuk lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi dan STAM yang berminat untuk membuat permohonan melalui UPU, anda boleh membuat semakan syarat UPU iaitu syarat am dan khas kelayakan permohonan serta memilih jurusan yang layak dipohon menggunakan sistem semakan berikut.
Semakan Syarat UPU Secara Atas Talian
Sistem Semakan Syarat Kelayakan ini dapat membantu pelajar dalam menyemak syarat kelayakan permohonan UPU termasuk semakan kelayakan pelbagai program pengajian di IPT.
- Selain sistem semakan syarat kelayakan UPU ini, pelajar juga boleh menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara atau Karnival Jom Masuk IPT/ U di beberapa lokasi/ zon sekitar Malaysia
A. Syarat Am Permohonan UPU
Permohonan UPU adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja. Bukan Warganegara hendaklah memohon terus ke UA berkaitan.
Syarat Am Kelayakan mengikut kategori adalah seperti grafik berikut :-
b) Lepasan STPM / STAM / Setaraf (akan dikemaskini)
B. Syarat Khas Permohonan UPU
Pemohon perlu melepasi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan STPM/Setaraf
C. Senarai Sistem Semakan Syarat UPU
Berikut disediakan sistem semakan syarat kelayakan UPU meliputi syarat am dan khas permohonan serta program pengajian. Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/ My Kad sahaja yang layak untuk membuat permohonan.
i) e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik Premier
Sistem semakan e-Panduan ini memaparkan maklumat seperti berikut :-
- Maklumat UA dan Politeknik Premier
- Senarai Program pengajian yang ditawarkan
- Syarat khas program
Untuk membuat semakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi.ini, sila layari pautan URL di alamat di bawah dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
ii) e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
Maklumat semakan untuk memohon kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Informasi yang dipaparkan termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan.
- e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA : ePanduan
- Klik Menu SPM
- Ruangan IPTA/ ILKA – Pilih FA : Politeknik/ Kolej Komuniti
Anda juga boleh membuat semakan syarat kelayakan dan program pengajian Politeknik di
- Politeknik Premier, Konvensional dan METrO : esemak Politeknik
iii) Sistem IMASCU
Sistem semakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT.
D. Adakah Anda Layak Memohon UPU 2024-2025?
Calon yang layak untuk memohon program pengajian yang ditawarkan beserta maklumat kategori pemohon adalah seperti berikut :-
i) Lepasan SPM/ Setaraf
Pelajar daripada kategori lepasan SPM / Setaraf adalah layak untuk membuat application UPU bagi kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA mengikut kelayakan dan minat. Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi / Diploma di UA / Politeknik dan Sijil / Diploma di Koleh Komuniti dan ILKA. Bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf, kategori layak memohon adalah seperti berikut:
- SPM tahun semasa (Kategori A)
- SPM bukan tahun semasa seperti tahun sebelum semasa (Kategori B)
ii) Lepasan STPM/ Setaraf
Bagi kategori pemohon lepasan STPM dan setaraf, mereka yang layak memohon adalah seperti berikut:
a) STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:
- Kategori A : Aliran Sastera
- Kategori S : Aliran Sains
b) Lepasan Matrikulasi (Kategori N. P, U, L, K, J,) . Pelajar Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM tahun semasa seperti agihan berikut:
- Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM :Kategori N
- Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM : Kategori P
- Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM : Kategori U
- Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL) : Kategori L
- Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM : Kategori K
- Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM : Kategori J
c) Lepasan Diploma / Setaraf (Kategori G, E, F)
- Diploma Universiti Awam (UA) / Diploma Politeknik : Kategori G
- DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Luar Negara / Lain – lain kelayakan : Kategori E
- Kelayakan Setaraf seperti A-level / IBD / Sekolah Sukan / STPM (bukan tahun semasa), Matrikulasi KPM (bukan tahun semasa), STAM (2 tahun sebelum tahun semasa), AUSMAT / SAM / ADFP / Foundation IPTS : Kategori F
d) Lepasan STAM (Kategori T)
- Pelajar lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja : Kategori T
Nota : Bagi pemohon Lepasan ASASI & DIPLOMA IPTS, pemilihan dan pengambilan adalah tertakluk sepenuhnya dibawah Senat Universiti.
E. Maklumat Lanjut Semakan Syarat UPU 2024
Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2024-2025 termasuk syarat kelayakan memohon, sila layari :-
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8684 2363 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Dengan kewujudan sistem semakan syarat UPU secara dalam talian dapat membantu/ memudahkan pelajar seterusnya mengurangkan risiko tidak mendapat tempat di IPT disebabkan memohon luar dari kelayakan akademik mereka. Selamat memohon, moga application anda berjaya.