Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN secara online atau Check blacklist Imigresen melalui Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia (SSPI). Panduan buat rakyat Malaysia yang bercadang ke luar negara (overseas) atas pelbagai urusan. Pastikan anda tidak disenarai hitam oleh agensi kerajaan seperti LHDNM, PTPTN, perintah mahkamah dan PDRM atau diisytihar sebagai bankrap.
Untuk makluman, Jabatan Imigresen Malaysia ada menyediakan satu kemudahan kepada Warganegara Malaysia. Mereka yang ingin membuat semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara boleh membuat semakan secara atas talian. Pihak PTPTN juga ada menyediakan sistem semakan untuk peminjam menyemak status senarai hitam PTPTN.
Cara Semak Status Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Secara Online
Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan untuk check sekatan perjalanan atau membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport sebelum merancang ke luar negara. Ianya bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport mereka tidak sah atau terdapat sekatan Imigresen atas beberapa faktor, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara.
Di antara punca utama nama anda disenarai hitamkan adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDNM lembaga hasil dalam negeri dan PTPTN.
Cara membuat semakan status senarai hitam imigresen dan ptptn
A. Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
Berikut dikongsikan cara membuat semakan status perjalanan imigresen keluar negara secara Online/ atas talian.
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara. Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri.
1. Klik Semakan Status Perjalanan
2. Masukkan No Kad Pengenalan 12 Digit dan tekan butang SEMAK
Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan).
Contoh Status Semakan Atas Talian
Kaedah alternatif lain dalam membuat semakan status imigresen adalah
Menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-8880 1000.
B. Semakan Senarai Hitam PTPTN Online
Peminjam pinjaman PTPTN juga tidak terkecuali akan dikenakan senarai hitam/ black list jika mempunyai tunggakan hutang. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.
Semakan senarai hitam PTPTN boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Berikut adalah kaedah semakan yang boleh dibuat:-
1. Portal Rasmi PTPTN : Semakan Blacklist/ Senarai Hitam
2. Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my yang sama seperti semakan Imigresen
3. Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
4. Hadir di kaunter PTPTN / JIM
Nota Penting
Peminjam yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitam secara harian.
1. Pastikan rundingan diadakan dengan menghubungi talian 03-2193 3000. Atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan, Isnin hingga Ahad (8.00 pagi hingga 10.00 malam), kecuali Cuti Umum.
2. Peminjam juga boleh hadir ke Cawangan PTPTN untuk membuat rundingan 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.
3. Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
26 Jun 2018 – Intipati Sidang Media Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan
1. Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen secara berperingkat-peringkat sejak 24 Mei lepas dan dijangka selesai 15 Jun 2018
2. PTPTN hanya janji membatalkan senarai hitam yang membabitkan Imigresen
3. Peminjam yang disenarai hitamkan oleh CCRIS akan kekal
4. PTPTN menafikan yang syarat peminjam adalah dari keluarga yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
5. Peminjam PTPTN adalah dinasihatkan untuk meneruskan pembayaran balik pinjaman yang sedang dibuat
6. PTPTN masih mencuba mendapatkan data peminjam yang berpendapatan RM4,000 sebulan
7. Tiada penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN ketika ini. Pengumuman penuh mengenai pembayaran pinjaman akan dibuat sebelum 17 Ogos 2018
8. Sehingga 31 Mei 2018, 2.86 juta pinjaman diluluskan melibatkan sejumlah RM53.09 bilion
9. PTPTN telah senarai putih seramai 429,945 peminjam dengan kerjasama Jabatan Imigresen
10. Kaunter PTPTN di KLIA 2 akan ditutup bermula 1 Julai 2018
Semoga perkongsian Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online ini boleh dijadikan panduan buat semua. Jom semak secara online bagi memastikan nama anda tidak disenarai hitamkan dan dihalang perjalanan ke luar negara.