Senarai Program Kejuruteraan Yang Tidak Lagi Ditawarkan Di UA/ IPTS

Panduan buat para pelajar terutamanya yang bakal menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi iaitu Universiti Awam (UA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Sekiranya anda salah seorang pelajar yang ingin menceburi bidang pengajian kejuruteraan, adalah dinasihatkan agar anda memastikan bahawa program kejuruteraan yang ingin anda pilih masih lagi ditawarkan. Berikut dikongsikan Senarai Program Kejuruteraan Yang Tidak Lagi Ditawarkan Di UA/ IPTS yang berjumlah 55 kursus.

Buat makluman semua, terdapat 55 buah program kejuruteraan di universiti tempatan Malaysia yang digugurkan atas faktor-faktor tertentu. Terdapat 12 buah universiti yang terlibat dengan pengguguran program-program tersebut (lima Universiti Awam dan tujuh universiti swasta).

Senarai Program Kejuruteraan Yang Tidak Lagi Ditawarkan Di UA dan IPTS

55 Senarai Program Kejuruteraan Yang Tidak Lagi Ditawarkan Di UA/ IPTS

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Program Kejuruteraan Yang Tidak Lagi Ditawarkan Di UA/ IPTS buat rujukan semua:

55 Program Kejuruteraan Yang Tidak Lagi Ditawarkan

Antara program kejuruteraan yang tidak lagi ditawarkan adalah seperti berikut meliputi nama institusi, program pengajian dan alasan tidak lagi ditawarkan :-

1.UiTM

Ijazah Kejuruteraan (Kepujian)

Pemberhentian program seperti berikut :-

  • Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
  • Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Kimia dan Bioproses
  • Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Mekanikal (Full-Time Equivalent)
  • Kimia dan Proses
  • dalam Elektronik
  • Elektrik (Full-Time Equivalent)

2. UM

Ijazah Kejuruteraan

Pemberhentian Program dan Perubahan nama program ekoran perubahan struktur

  • (Alam Sekitar)
  • (Bahan)
  • (Rekaan Bantuan Komputer dan Pembuatan)
  • (Pembuatan)
  • (Telekomunikasi)
  • (Awam)
  • (Elektrik)
  • (Kimia)
  • (Mekanikal)

3. UTeM

Ijazah Kejuruteraan

Penyatuan Program dan Diganti dengan program Ijazah yang lebih meluas

  • Elektronik (Industri Elektronik) dengan Kepujian
  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektronik dan Pemacu) dengan Kepujian
  • Pembuatan (Proses Pembuatan) dengan Kepujian
  • Pembuatan (Pengurusan Pembuatan) dengan Kepujian
  • Elektronik (Kejuruteraan Komputer) dengan Kepujian
  • Pembuatan (Rekaan Pembuatan) dengan Kepujian
  • Pembuatan (Bahan Pembuatan) dengan Kepujian
  • Mekanikal (Rekaan dan Inovasi) dengan Kepujian
  • Mekanikal (Cecair Terma) dengan Kepujian
  • Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian
  • Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
  • Mekanikal (Loji dan Penyelenggaraan) dengan Kepujian
  • Elektrik (Kawalan, Peralatan dan Automasi) dengan Kepujian
  • Mekanikal (Struktur dan Bahan) dengan Kepujian

4. UNIMAS

Ijazah Kejuruteraan (Kepujian)

  • Elektronik (Telekomunikasi)
  • Elektronik (Komputer)

Penyatuan Program dan Diganti

5. UPNM

Ijazah Kejuruteraan

  • Elektrik dan Elektronik (Komunikasi)
  • Elektrik dan Elektronik (Kuasa)

Penyatuan Program & Diganti

6. UniMAP

Ijazah Kejuruteraan (Kepujian)

  • 1. (Kejuruteraan Komunikasi)
  • 2. (Kejuruteraan Rangkaian Komputer)
  • 3. (Kejuruteraan Sistem Elektrik)
  • 4. (Kejuruteraan Elektronik Industri)
  • 5. (Kejuruteraan Metalurgi)
  • 6. (Kejuruteraan Fotonik)
  • 7. (Kejuruteraan Rekaan Produk)

Penjumudan kerana kurang popular dalam pra jaya Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di JPT

7. INTI

Ijazah Kejuruteraan (Kepujian)

  • Elektrik dan Kejuruteraan Elektronik

Tiada permintaan

8. UNISEL

Ijazah Kejuruteraan (Kepujian)

  • Mekatronik
  • Elektronik

Dihentikan

9. MAHSA

Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan 

  • Elektronik dan Elektrik
  • Elektronik Perubatan
  • Mekatronik
  • Komunikasi dan Elektronik

Penyatuan

10. MMU

Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Pengkhususan Elektronik

  • dalam Bio-Instrumentasi
  • dalam Kejuruteraan Optikal

Dihentikan

11. UNMC

Ijazah Sarjana Kejuruteraan

  • Komputer dan Elektronik dengan Kepujian
  • Komunikasi dan Elektronik dengan Kepujian

Dihentikan

12. Swinburne

Ijazah Kejuruteraan

  • (Kejuruteraan Rangkaian dan Telekomunikasi)

Dimansuhkan

13. MIU

Ijazah Kejuruteraan

  • Elektronik (Komunikasi) dengan Kepujian

Dimansuhkan

Faktor Program Kejuruteraan Tidak Lagi Ditawarkan Di UA/ IPTS

Antara faktor yang menyebabkan program-program kejuruteraan tersebut tidak lagi ditawarkan di UA/IPTS adalah seperti berikut:

  1. Tiada permintaan daripada para pelajar.
  2. Kandungan kursus pengajian yang hampir sama di setiap universiti.
  3. Bidang pengajian pada peringkat sarjan dan sarjan muda tersebut tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan selari dengan permintaan semasa industri.

SUMBER

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Senarai Program Kejuruteraan Yang Tidak Lagi Ditawarkan Di UA/ IPTS ini dapat memberi manfaat buat semua. Bagi yang ingin menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, selamat berjaya memilih program pengajian yang masih relevan.

Tinggalkan Balasan