Perhatian kepada pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, A-Level dan setaraf dengannya yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina. Tahukah anda bahawa Lembaga Arkitek Malaysia berperanan untuk mengiktiraf program-program pengajian seni bina yang melayakkan anda untuk menjadi graduan seni bina yang diiktiraf di Malaysia. Sekiranya anda berhasrat untuk menjadikan seni bina sebagai bidang pekerjaan anda, berikut dikongsikan Senarai Program Pengajian Senibina Diiktiraf Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Dalam & Luar Negara untuk rujukan semua.
Arkitek adalah seseorang yang mereka-bentuk ruang atau bangunan dan juga merancang serta menyelia pembinaan sesebuah bangunan tersebut. Maka, untuk menjadi seorang arkitek yang bertauliah di Malaysia, LAM menjadi badan yang menyelia kelayakan dan atribut yang diperlukan untuk seseorang bekerja dalam bidang seni bina di Malaysia. Menurut kenyataan lembaga pengarah LAM, senarai program pengajian yang diiktiraf akan sentiasa dikemaskini di laman web rasmi LAM.
Senarai Program Pengajian Senibina Diiktiraf Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Dalam & Luar Negara
Di bawah adalah maklumat berkaitan buat panduan untuk semua.
Graduan yang memperoleh kelayakan seni bina daripada universiti atau institusi yang disenaraikan di bawah layak untuk mendaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
Program Senibina Yang Diiktiraf LAM
Sebagai makluman, lulusan yang memperoleh Ijazah Senibina dari program selain daripada yang disenaraikan di bawah layak untuk mendaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Anda diminta untuk mengikuti Peperiksaan LAM Bahagian I dan Bahagian II yang dijalankan oleh Majlis Peperiksaan LAM.
Anda juga perlu menghantar portfolio pembelajaran dan maklumat lain yang relevan ke LAM untuk proses pengesahan dan pengiktirafan.
Akreditasi dan pengiktirafan program-program pengajian dalam dan luar negara adalah berdasarkan atribut, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pengajian seni bina seperti yang dinyatakan dalam Manual Akreditasi untuk Program Senibina.
Berikut adalah senarai program pengajian dalam negara yang mendapat pengiktirafan daripada LAM:
Malaysia | |||||
Institusi | Tempoh Pengajian | Ijazah | Pengiktirafan | ||
1 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
|
|
|
| |
2 | Universiti Teknologi MARA (UiTM)
|
|
|
| |
3 | Universiti Sains Malaysia (USM)
|
|
|
| |
4 | University of Malaya (UM)
|
|
|
| |
5 | International Islamic University Malaysia (IIUM)
|
|
|
| |
6 | Universiti Putra Malaysia (UPM)
|
|
|
| |
7 | Taylor’s University
|
|
|
| |
8 | UCSI University Kuala Lumpur |
|
|
| |
9 | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
|
|
|
| |
10 | Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) |
|
|
| |
Nota: Mod pengajian semua program pengajian adalah sepenuh masa. | |||||
Untuk mendapatkan senarai penuh, sila buka pautan berikut: Senarai Penuh Program Pengajian Seni Bina Yang Diiktiraf LAM |
Berikut adalah senarai program pengajian luar negara yang mendapat pengiktirafan daripada LAM:
Australia | |||||
Institusi | Tempoh Pengajian | Ijazah | Pengiktirafan | ||
1 | Monash University
|
|
|
| |
2 | Deakin University
|
|
|
| |
3 | University of Tasmania
|
|
|
| |
4 | The University of Newcastle (UON)
|
|
|
| |
Nota: Mod pengajian semua program pengajian adalah sepenuh masa | |||||
Program pengajian di atas telah diiktiraf dan disahkan oleh LAM
United Kingdom | |||||
Institusi | Tempoh Pengajian | Ijazah | Pengiktirafan | ||
1 | Robert Gordon University Scott Sutherland
|
|
|
| |
2 | University of the West of England
|
|
|
| |
3 | Oxford Brookes University
|
|
|
| |
4 | University of East London
|
|
|
| |
5 | University of Plymouth
|
|
|
|
Nota: Mod pengajian semua program pengajian adalah sepenuh masa
Program pengajian di atas telah diiktiraf dan disahkan oleh LAMUntuk mendapatkan senarai penuh, sila buka pautan berikut: Senarai Penuh Program Pengajian Seni Bina Yang Diiktiraf LAM
Semoga perkongsian berkaitan dapat membantu anda dalam mencari program pengajian dan universiti yang berkelayakan.