Apakah pertanyaan yang banyak ditanya berkaitan dengan application Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) tahun 2025? Berikut dikongsikan Soalan Lazim pengambilan kemasukan KV 2025 atau dikenali sebagai FAQ KV buat panduan pelajar. Permohonan KV dan SMT 2025 akan dibuka bermula dari 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024. Semakan keputusan boleh disemak pada 31 Januari 2025.
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2024 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang masih belum membuat permohonan adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan untuk ambilan 2025.
Permohonan KV 2025 Kolej Vokasional Dan SM Teknik Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan KV 2025 Kolej Vokasional Dan SM Teknik Online dan Soalan Lazim (FAQ) yang kerap ditanya oleh pemohon seperti dikongsikan dari applikasi permohonan https://spskt4.moe.gov.my/. Di antara soalan yang sering ditanya adalah tarikh permohonan, tarikh semakan dan rayuan serta tarikh pendaftaran. Maklumat terutama tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.
Panduan Permohonan
Di bawah adalah kaedah permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah menengah Teknik :-
- Kemaskini maklumat pelajar di SPATKPM jika perlu, maklumat peribadi murid, ibu, bapa atau penjaga perlu dikemaskini pada Modul Pengurusan Murid
- Layari Laman Rasmi Permohonan Sekolah Khusus
- Isi permohonan dan pastikan medan wajib telah diisi
- Semak semula permohonan yang dibuat dan pastikan maklumat yang diisi adalah tepat
- Cetak borang permohonan yang lengkap sebagai rujukan
- Kemaskini permohonan boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 8 September 2024
Panduan yang lebih lanjut boleh dirujuk pada : Panduan Permohonan Sekolah Khusus
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan KV & SM Teknik 2025
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik yang meliputi tarikh buka dan tutup permohonan, tarikh semakan dan pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus serta tarikh keputusan tawaran.
No | Tarikh | Perkara |
1 | 1 Ogos – 8 September 2024 | Permohonan Online KV dan SMT |
2 | 13 September – 3 Oktober 2024 | Semakan Pusat PKSK |
3 | 23 September – 3 Oktober 2024 | Pelaksanaan PKSK |
4 | 31 Januari 2025 | Keputusan Tawaran |
5 | 18 Februari 2025 | Pendaftaran Pelajar |
Syarat-Syarat Permohonan
Syarat umum untuk pemohon sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:-
- i. Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- ii. Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024/2025.
- iii. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- iv. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- v. Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- vi. Sihat tubuh badan.
- vii. Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- viii. TIDAK rabun warna/buta warna.
- x. Berminat dengan program dipohon.
Soalan Lazim Permohonan KV Dan SMT 2025
Berikut adalah 12 soalan yang sering ditanya untuk berkaitan sesi pengambilan permohonan Kolej Vokasional & SM Teknik tahun 2025.
1. Bilakah permohonan online dibuka dan tarikh tutup permohonan ?
Permohonan online dibuka mulai 1 Ogos 2024 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 8 September 2024, jam 11.59 malam di laman sesawang https://spskt4.moe.gov.my/
2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
Berikut merupakan program yang ditawarkan :
- i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV
- ii. Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
- iii. Program Kemahiran / Apprenticeship
3. Nyatakan Institusi yang terlibat?
Rujuk Info Institusi tawar di halaman utama (info kemasukan)
4. Apakah bidang dan kursus yang ditawarkan?
Kursus dan bidang yang ditawarkan boleh disemak dalam maklumat institusi dan kursus tawar yang disediakan di halaman utama (info kemasukan)
5. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan?
Syarat umum dan khusus boleh disemak dalam syarat permohonan yang disediakan di paparan muka hadapan online (info kemasukan)
6. Adakah asrama disediakan?
Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi.
7. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?
- Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat https://spskt4.moe.gov.my/ mulai 31 Januari 2024
- Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.
8. Apakah perbezaan antara Murid Tingkatan 3 Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) & Murid Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama ?
Murid Lepasan PAV – Murid telah mengikuti Program Asas Vokasional (PAV) mulai Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Tiga (3) di SMK yang menawarkan PAV
Murid Lepasan PBS – Murid menduduki PBS yang merangkumi 3 komponen iaitu :
PT3 – Pentaksiran Pusat- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
9. Adakah calon Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS dikehendaki mengisi 4 komponen PBS dalam permohonan online ?
Calon hanya dikehendaki mengisi butiran berikut :
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
10. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ?
Tarikh pendaftaran di institusi ialah pada 18 Februari 2025. (Tahun 2024: 18 Mac 2024)
11. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?
Calon boleh menggunakan aplikasi e-rayuan sekiranya tidak berjaya ditawarkan
kemasukan ke KV/SMT pada Mac 2025. Calon tidak perlu membuat rayuan terus ke KV/SMT
12. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan?
Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kursus di bahagian info kemasukan.
Sumber https://spskt4.moe.gov.my/
Semoga perkongsian berkiatan beserta Soalan Lazim Permohonan KV 2025 (FAQ) boleh djadikan buat pelajar ketika membuat permohonan kemasukan.
Rel : 6 blok e14 kompleks e, pemohon boleh menyemak keputusan ahli jawatankuasa pemilihan murid ajkpm, kerajaan sekolah bantuan kerajaan, hadir terus atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, makluman portal rasmi kementerian pendidikan malaysia kpm, berasaskan sekolah pbs tahun, calon berminat dengan program dipohon, hadir terus atau penyakit penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, mendaftar dalam laman sesawang kpm bagi mendapatkan info terkini,