Pasti ramai pelajar (pemohon) dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut maklumat permohonan pengambilan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan tahun 2025 untuk Tingkatan 1 dan 4. Berikut dikongsikan Permohonan SBP 2025 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4 dan Soalan Lazim Permohonan SBP 2025 atau FAQ pengambilan murid untuk ke Sekolah Berasrama Penuh.
Maklumat yang dikongsikan termasuk cara membuat permohonan SBP secara atas talian/ online, tarikh permohonan dibuka dan ditutup, syarat pemilihan murid, semakan keputusan dan e-rayuan SBP.
Permohonan SBP Tahun 2025 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4
Rujuk maklumat-maklumat berkaitan Permohonan SBP 2025 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4 yang dikongsikan di bawah berdasarkan informasi rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebarang perubahan terkini seperti tarikh-tarikh penting akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Panduan Permohonan SBP
Permohonan boleh dibuat oleh penjaga utama pemohon sama ada ibu, bapa atau penjaga. Maklumat pemohon di SPATKPM hendaklah dikemaskini di Modul Pengurusan Murid. Berikut adalah panduan permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh melalui sistem sekolah khusus KPM :-
- Layari Laman Permohonan Rasmi SBP
- Klik bahagian Borang Permohonan
- Log masuk mengggunakan nombor kad pengenalan pemohon dan nombor kad pengenalan penjaga utama
- Isi permohonan dan pastikan medan yang wajib diisi telah diisi
- Pastikan maklumat yang diisi tepat
- Cetak borang permohonan sebagai rujukan
Sebarang kemaskini maklumat permohonan boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan yang ditetapkan oleh KPM.
Tarikh Penting Permohonan SBP
Di bawah adalah tarikh-tarikh penting seperti tarikh buka dan tutup permohonan, semakan pusat PKSK, pelaksanaan PKSK, keputusan tawaran dan juga tarikh pendaftaran pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh.
No | Perkara | Tingkatan 1 | Tingkatan 4 |
1 | Permohonan SBP Online | 1 Ogos – 8 September 2024 | 1 Ogos – 8 September 2024 |
2 | Semakan Pusat PKSK | 13 September – 17 Oktober 2024 | 13 September – 3 Oktober 2024 |
3 | Pelaksanaan PKSK | 7 – 17 Oktober 2024 | 23 September – 3 Oktober 2024 |
4 | Keputusan Tawaran Ke SBP | 31 Januari 2025 | 31 Januari 2025 |
5 | Pendaftaran Pelajar | 18 Februari 2025 | 18 Februari 2025 |
Syarat-Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan mengikut tahap pemilihan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-
Pemilihan Murid Tingkatan 1:
- Warganegara Malaysia.
- Didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
- Mencapai aras toleransi PKSK.
- Cemerlang akademik.
- Aktif dalam kokurikulum.
Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4:
- Warganegara Malaysia.
- Didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
- Mencapai aras toleransi PKSK
- Cemerlang akademik.
- Aktif dalam kokurikulum.
Soalan Lazim Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4 2025
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Soalan Lazim SBP 2025 untuk Tingkatan 1 dan 4 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan semua.
1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?
- Permohonan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang single entry point kemasukan ke sekolah-sekolah khusus berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/
2. Siapakah yang boleh memohon?
- Murid Tahun Enam 2024 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
- Murid Tingkatan Tiga 2024 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
- SBP hanya menawarkan intake ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
3. Bilakah permohonan SBP mula dibuka? Soalan Lazim Permohonan SBP
- Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024
- Permohonan ke Tingkatan 4 SBP : 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024
4. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?
- Pemohon hanya perlu memasukkan nombor my kid/mykad dan nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.
5. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?
- Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.
- Sebarang perubahan maklumat yang sedia tertera di dalam sistem permohonan bolehlah dibuat menerusi APDM juga
6. a) Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?
- Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?
- Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh pencapaian yang baik bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga.
7. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?
- Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.
8. Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?
- Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBP kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKK, KPM).
Sumber : Maklumat Permohonan SBP 2025
Soalan Lazim
Berikut adalah soalan lazim bagi tahun 2025 untuk rujukan
10. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kelayakan SBP?
- Pentaksiran Kemasukan SK adalah satu mekanisme saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan 4 (Empat). Pentaksiran akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.
b) Apakah kesan Pentaksiran kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?
- Ianya merupakan salah satu syarat utama kemasukan ke SBP.
c) Adakah murid yang tidak berjaya/ tidak menduduki Pentaksiran masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?
- Murid yang tidak menduduki tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP
d) Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki Pentaksiran?
- Semua murid yang telah membuat permohonan boleh menyemak tarikh, masa dan pusat Pentaksiran yang ditetapkan melalui laman sesawang (seperti perkara 1) bermula 13 September hingga 17 Oktober 2024 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan 13 September hingga 3 Oktober 2024 bagi Tingkatan 4 (Empat)
e) Dimanakah dan bilakah Pentaksiran akan dijalankan?
- Bagi Tingkatan 1 (Satu) akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan pada 7 hingga 17 Oktober 2024
- Bagi Tingkatan 4 (Empat) pula akan dilaksanakan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan pada 23 September hingga 3 Oktober 2024
Tarikh Semakan Keputusan SBP 2025
11. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?
- Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya 31 Januari 2025.
- Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya 31 Januari 2025.
Rayuan SBP
12. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?
- Tidak
13. Bilakah e-Rayuan dibuka?
- e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman tawaran keputusan ke SBP ambilan pertama.
14. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?
Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan calon yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:
- Masuk ke laman sesawang seperti perkara 1
- Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4
- Masukkan no. My Kid/ MyKad sendiri beserta nombor MyKad penjaga utama
- Perubahan maklumat boleh dilakukan
- Klik pada e-rayuan.
- Hantar.
15. Bolehkah pemohon yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?
- Boleh. Walau bagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.
Cara Semakan Keputusan SBP 2025 (Soalan Lazim Permohonan SBP)
16. Bagaimanakah semakan keputusan ke SBP boleh dibuat?
Semakan boleh dibuat melalui :
- Laman sesawang KPM; seperti perkara 1
- Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
17. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?
- Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
- Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
- Sekiranya maklumat tidak lengkap/ tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/ menolak pendaftaran tersebut.
18. Apabila semakan status keputusan permohonan ke SBP dilakukan, mesej yang tertera menyatakan rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
- Setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar supaya dapat disimpan di dalam sistem. Cetakan perlu dibuat sebagai rujukan pemohon.
19. Adakah pertukaran murid antara SBP dibenarkan?
- Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.
20. Bolehkah murid menukar pakej mata pelajaran?
- Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.
21. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP?
- Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
22. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau mana-mana sekolah khusus??
- Benar
23. Benarkah seorang murid yang ditawarkan ke SBP atau mana-mana sekolah khusus jika didapati memalsukan apa-apa sahaja maklumat termasuk laporan perubatan, maka tawaran kemasukan akan terbatal serta merta?
- Benar
23. Apakah pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP?
- a. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP
- b. Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP
Sumber FAQ SBP
Selamat membuat permohonan ke SBP 2025 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Semoga maklumat Soalan Lazim Permohonan SBP 2025 (FAQ) ini boleh dijadikan panduan buat para pelajar.
Rel : 1 bagaimanakah cara untuk akses sistem permohonan, sbp 2025 tingkatan 1 dan tingkatan 4, kemasukan ke sekolah berasrama penuh sbp, bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh, maklumat lanjut, pentaksiran kemasukan sekolah, melahirkan modal insan,