Apakah Syarat Kelayakan Program Diploma ALAM? Panduan buat lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang Pegawai Kadet Akademi Laut Malaysia (ALAM). Berikut dikongsikan syarat kelayakan ALAM terkini atau kelayakan memohon Program Diploma ALAM yang meliputi syarat kelayakan akademik dan fizikal.
Memasuki ALAM adalah salah satu halatuju pendidikan buat pelajar lepasan SPM. Apa yang menarik berkenaan ALAM adalah graduan adalah berpeluang untuk belayar ke serata dunia di atas kapal syarikat perkapalan/ organisasi maritim. Graduan juga akan mendapat pendapatan gaji tanpa cukai yang lumayan beserta faedah pekerjaan yang menarik.
Syarat Kelayakan Akademi Laut Malaysia (Malaysian Maritime Academy)
ALAM adalah singkatan nama untuk Akademi Laut Malaysia atau Malaysian Maritime Academy.
Ianya adalah sebuah institusi maritim yang terelatak di Kuala Sg Baru, Melaka dan menawarkan pelbagai kursus maritim untuk lepasan sekolah Sijil Pelajaran Malaysia.
Akademi ini memberikan latihan unruk mereka yang berminat dan berkelayakan menjadi seorang pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal saudagar kapal.
Syarat Kelayakan ALAM Terkini (Program Diploma)
Berikut adalah syarat kelayakan ALAM program pengajian yang ditawarkan untuk 2 program Diploma yang ditawarkan iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin
A) Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)
- Syarat memohon ALAM adalah mendapat keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 (enam) subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, subjek Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan
- Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia dari 18 tahun sehingga 25
- Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon
- Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
- Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
- Ketinggian minimum 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak rabun warna
- Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa
Selain Program Diploma Kejuruteraan Marin, pelajar juga berpeluang memohon Diploma Pengajian Nautika dengan syarat seperti berikut :-
B) Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)
- SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit baik di dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi
- Pemegang Ijazah, Diploma dan Matrikulasi serta Sijil Asasi adalah digalakkan untuk memohon
- Lelaki/ perempuan yang bujang (belum berkahwin), berusia dari 18 tahun hingga 25 tahun
- Ketinggian minima 158 cm dengan berat 48 kg. BMI untuk calon lelaki (18.5-24.9)
- Sihat dari segi fizikal, mental dan medikal
- Ketinggian minima 155 cm & berat 42 kg. BMI calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak rabun warna
- Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual
Maklumat lanjut ALAM – Akademi Laut Malaysia ambilan tahun 2024 boleh dirujuk di
Maklumat Lanjut
Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200, Kuala Sungai Baru
Melaka
Tel No Sekretariat : 06-3882 305/ 306/ 314