Syarat Permohonan Kemasukan Ke IKBN/ IKTBN Terkini. Menyambung pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) adalah salah satu halatuju pendidikan bagi lepasan SPM yang berminat untuk menceburi pelbagai bidang kemahiran dan teknikal. Apakah syarat kemasukan IKBN/ IKTBN terkini, salah satu Institut Kemahiran di bawah Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) ?
Untuk makluman, permohonan untuk memasuki IKBN/ IKTBN boleh di kemukakan melalui permohonan UPU bagi sesi pengambilan Julai. Untuk kemasukan Januari, permohonan perlu di buat melalui Portal eKampus (Panduan permohonan rujuk di Permohonan ILKBS). IKBN/ IKBTN menawarkan pelbagai latihan kemahiran untuk menghasilkan individu yang professional dalam bidang yang mereka terokai.
Syarat Kelayakan Permohonan IKBN/ IKTBN Terkini
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Kemahiran Belia dan Sukan (IKBS) menyediakan latihan kemahiran untuk mempersiapkan golongan belia yang berkelayakan untuk mereka menempuhi kerjaya pilihan masing-masing.
Berikut merupakan syarat kelayakan pemohon:
Syarat Kemasukan IKBN/ IKTBN (Syarat Am)
1. Warganegara Malaysia
2. Boleh membaca dan menulis
3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
4. Belum berkahwin atau bujang
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
10. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Syarat kelayakan akademik untuk kemasukan di IKBN/ IKTBN berdasarkan kepada program pengajian adalah seperti dilampirkan :-
Syarat Kelayakan Akademik Program Pengajian
Klik : Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Institut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan permohonan ke IKBN/ IKTBN yang disertakan di bawah ini:-
Maklumat Lanjut
1. Permohonan hanya boleh di buat melalui atas talian di laman web UPU untuk sesi Julai dan http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
2. Pastikan maklumat yang di isi untuk permohonan mengandungi maklumat yang betul. Sebarang kesalahan ketika mengisi maklumat atau menandakan keputusan kelayakan akademik akan menyebabkan permohonan ditolak
3. Permohonan yang didapati mengandungi permohonan palsu akan disingkirkan
4. Kem. Belia dan Sukan akan menampung perbelanjaan makan minum dan penginapan sepanjang menjalani latihan
5. Penempatan IKBN ke atas pelajar akan ditetapkan
6. Pemohon dialu-alukan untuk melawat mana-mana IKBN untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai program dan latihan yang ditawarkan
7. Semakan permohonan boleh dibuat di laman web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
8. Sekiranya tiada maklum balas atas permohonan yang dilakukan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh semakan, permohonan tersebut dianggap tidak berjayaSumber: BPKB ILKBS
Diharap perkongsian syarat kemasukan IKBN/ IKTBN dapat memberi manfaat kepada pelajar lepasan SPM yang ingin memperkembangkan potensi mereka dalam bidang kemahiran.