Menjelang akhir tahun, para pelajar dari Tahun 4 di sekolah rendah sehingga pelajar Tingkatan 3 di sekolah menengah akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan format baharu peperiksaan sebagai sebahagian daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sumatif. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Ujian Akhir Sesi Akademik meliputi Format Pentaksiran beserta Contoh Soalan untuk makluman semua.
Selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), KPM melaksanakan Ujian ini sebagai format baharu peperiksaan utama untuk pelajar yang terlibat. Selaras dengan objektif PBD dan PBS, ujian ini membantu guru untuk mendapatkan tahap pencapaian akademik murid sepanjang sesi akademik yang telah dilaksanakan. Ia juga memberi perhatian terhadap perkembangan murid, pengiktirafan profesionalisme guru dan peningkatan autonomi sekolah.
Ujian Akhir Sesi Akademik : Format & Contoh Soalan UASA
Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025 sebagai langkah penambahbaikan dan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata penambahbaikan ini turut melibatkan perubahan bentuk pelaporan daripada penguasaan Pentaksiran Berterusan (PB) kepada format peratusan dan gred.
“Ujian akhir sesi akademik ini bukanlah ujian yang menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) kerana ia bukan peperiksaan pusat. Ujian ini bersifat ‘low stakes’ dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan peperiksaan terhadap murid”
Ujian ini tidak bertujuan untuk membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, peringkat sekolah, daerah, atau negeri tetapi lebih kepada membantu murid dalam membangunkan dan memperkembangkan potensi mereka sebagai persiapan menghadapi fasa pembelajaran seterusnya.
Rujuk informasi berkenaan murid-murid yang terlibat, senarai mata pelajaran, sistem pemarkahan, format, contoh soalan dan tarikh pelaksanaan.
Apa Itu UASA?
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan ujian ini bermula pada sesi akademik 2022/2023. Pelajar diuji kemahiran kognitif dan intelektual serta penguasaan dalam setiap mata pelajaran yang dinilai. Ujian tidak berbentuk pentaksiran pusat dan tidak bertujuan untuk perbandingan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.
Murid-murid yang terlibat dalam Ujian Akhir Sesi Akademik
Semua murid atau pelajar yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) boleh menduduki Ujian ini sepertimana sekolah anda berdaftar dengan KPM atau sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Pelajar yang terlibat dalam Ujian Akhir Sesi Akademik pada setiap tahun adalah:
- Sekolah Rendah Tahap 2 : Tahun 6, Tahun 5, Tahun 4
- Sekolah Menengah Tahap 1 : Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Senarai Mata Pelajaran
Terdapat lima mata pelajaran bagi sekolah rendah tahap dua
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
Bagi sekolah menengah tahap satu, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan meliputi:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Pendidikan Islam/Moral
- Sejarah
- Sains
- Geografi
- Asas Sains Komputer
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Bahasa Arab
- Maharat al-Quran
- Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
- Al-Syariah
- Usul Al-Din
- Bahasa Cina
- Bahasa Tambil
- Bahasa Punjabi
- Bahasa Kadazandusun
- Bahasa Iban
- Bahasa Semai
Sistem Pemarkahan (Gred) Tahap Penguasaan UASA
Untuk makluman pentadbir/guru, bermula sesi persekolah 2024.2025 skor perlu direkod dalam bentuk peratus oleh GMP dalam sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, KPM (SPPB KPM).
Pelaporan prestasi murid bagi PBD berterusan dan pencapaian ujian dijana dalam satu pelaporan. Oleh itu, berikut adalah julat peratus dan gred akhir UASA untuk panduan semua:
- 82% – 100% = Gred A = Cemerlang
- 66% – 81% = Gred B = Kepujian
- 50% – 65% = Gred C = Baik
- 35% – 49% = Gred D = Memuaskan
- 20% – 34% = Gred E = Mencapai Tahap Minimum
- 0% – 19% = Gred F = Belum Mencapai tahap Minimum
Tahap penguasaan sebelum ini diukur berdasarkan enam Tahap Penguasaan seperti berikut:
- TP1: Tahu. Murid tahu perkara asa atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi resposn terhadap perkara yang asas
- TP2: Tahu dan faham. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjmah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari
- TP3: Tahu, faham dan boleh buat. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi
- TP4: Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik
- TP5: Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dnegan mengikut prosedur atau secara sistematik serta kekal dan bersikap positif
- TP6: Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Murid berupaya menggunakan pengetahuan dna kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi
Tarikh Pelaksanaan UASA
Berikut adalah tarikh-tarikh penting pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi sesi akademik 2024/2025:
- Perokodan dan pelaporan dalam Modul PBD: SPPB bagi pertengahan sesi akademik 2024/2025 : 1 Julai hingga 2 Ogos 2024
- Perekodan dan pelaporan dalam modul PBD: SPPB bagi akhir sesi akademik 2024/2025: 25 November hingga 3 Januari 2025
TARIKH PENTING |
Pelaksanaan UASA |
4 November hingga 19 Disember 2024 |
*Sekolah akan menyediakan set soalan untuk murid-murid |
Garis Panduan Pentadbiran
Sebagai rujukan kepada pegawai bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah, berikut dikongsikan pautan tentang pengurusan dan pentadbiran ujian terkini:
Video Pengenalan
Ikuti perkongsian video yang disediakan oleh KPM untuk mengenali secara umum Ujian Akhir Sesi Akademik:
Format Soalan UASA
Di bawah adalah format pentaksiran instrumen bagi sekolah rendah dan sekolah menengah:
SEKOLAH RENDAH
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
SEKOLAH MENENGAH
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sains
Usul Al Din
Reka Bentuk Dan Teknologi Makanan
Pendidikan Islam
Maharat Al Quran
Bahasa Arab
- Format Instrumen Pentaksiran Dan Pelaporan (Sekolah Rendah)
- Format Instrumen Pentaksiran Dan Pelaporan (Sekolah Menengah)
Contoh Soalan UASA
Satu sistem aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen (APPI) telah disediakan oleh KPM untuk guru menjana soalan-soalan peperiksaan. Pihak sekolah perlu memuat turun koleksi soalan menerusi aplikasi tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Berikut dikongsikan beberapa contoh soalan mengikut mata pelajaran yang dikongsikan dalam bentuk video:-
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan UASA – Ujian Akhir Sesi Akademik : Format & Contoh Soalan, sila rujuk atau hubungi pautan di bawah:
- No Telefon: 03-8870 6000
- Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Sektor Pendidikan Tinggi,
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
62200 Putrajaya, Malaysia. - Laman Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia
- Soalan Lazim Sesi Akademik 2024/2025
- Panduan pengurusan dan pentadbiran 2024/2025