Perhatian kepada umat Islam di negeri Johor, adakah anda tahu waktu berbuka dan imsak sepanjang bulan ramadhan? Untuk makluman, satu jadual rasmi akan diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai panduan kepada umat Islam di seluruh negara. Oleh itu, berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor 2024 Dan Imsak.
Bulan ramadhan di negeri Johor merupakan salah satu bulan yang meriah kerana kehadiran pengunjung dari seberang tambak, Singapura. Kemeriahan untuk berbelanja sempena menyambut hari raya aidilfitri dapat dirasai di pusat-pusat membeli belah dan bazaar ramadhan sekitar Johor Bahru. Tidak kira warganegara, umat Islam yang berpuasa akan mencari juadah berbuka seperti makanan tradisional nasi ambeng, murtabak dan air kathira.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor 2024 Dan Imsak
Ikuti perkongsian di bawah mengenai Imsakiah Ramadan Johor 2024 untuk panduan semua. Jadual menunjukkan hari, tarikh hijirah dan miladiah serta waktu dalam bacaan (am) pagi dan (pm) petang.
Tahukah anda bahawa negeri Johor kini mempunyai 10 daerah. Daerah Johor Bahru merangkumi bandar-bandar utama seperti Bukit Indah, Skudai, Masai, Tebrau, Plentong, Pasir Gudang, Gelang Patah, Tampoi, Ulu Tiram, Kempas, Kangkar Pulai, Ulu Choh dan Iskandar Puteri. Daerah Kulai pula terdiri daripada Bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kangkar Pulai, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai. Selain itu, Pontian Besar, Pekan Nenas, Benut, Sanglang, Ayer Baloi, Pulai Sebatang, Api-api terletak di dalam Daerah Pontian.
Daerah Kota Tinggi antara daerah terbesar kerana terdiri daripada Bandar Kota Tinggi, Kuala Sedili, Sungai Rengit, Pengerang, Sungai Rengit, Teluk Ramunia, Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Timur, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Selatan, Felda Gugusan Adela, Mawai, Felda Bukit Waha, Felda Air Tawar 5, Felda Air Tawar 4, Felda Air Tawar 3, Felda Air Tawar 2, Felda Air Tawar 1, Felda Linggiu, Felda Pasak, Felcra Kota Tinggi, Felcra Sungai Ara, Bandar Penawar, Telok Sengat, Felda Bukit Aping Timur, Felda Bukit Aping Barat, Sedili, Felda Papan Timur, Felda Sungai Mas, Bandar Mas, Felda Semenchu, Felda Simpang Waha. Di daerah Kluang pula, Simpang Renggam, Mengkibol, Paloh, Kahang, Machap, Layang-Layang, Renggam.
Daerah Segamat merangkumi Labis, Jementah, Buloh Kasap, Chaah, Bekok, Batu Anam, Pekan Air Panas, Gemas Baharu, Sungai Karas, Gemereh, Batu Badak. Daerah Muar pula terdiri daripada bandar utama seperti Parit Bakar, Parit Raja, Parit Jawa, Parit Unas, Bakri, Pagoh, Bukit Pasir, Panchor, Bukit Mor, Bukit Treh, Sungai Abong, Sungai Balang, Bukit Kepong, Lenga. Daerah Batu Pahat Rengit, Yong Peng, Semerah, Parit Sulong, Sri Gading, Parit Yaani, Parit Raja, Ayer Hitam, Senggarang, Tongkang Pechah, Peserai, Sri Medan, Parit Besar, Pura Kencana, Kampung Istana. Daerah Mersing pula merangkumi Triang, Tenglu, Penyabong, Tenggaroh, Jemaluang, Pulau-Pulau, Padang Endau, Sembrong, Lenggor. Akhir sekali, Daerah Tangkak Bukit Serampang, Sungai Mati, Bandar Tangkak, Kundang Ulu, Serom, Kesang, Sagil, Tanjung Agas, Bukit Gambir, Sungai Mati, Bukit Kangkar, Pekan Rawang, Parit Bunga, Kebun Baharu, Gerisek.
WAKTU BERBUKA JOHOR ZON 1 & IMSAK |
Berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi Zon 1, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil :-
WAKTU BERBUKA JOHOR ZON 2 & IMSAK |
Jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk Zon 2, Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau Yang Berdekatan :-
JOHOR ZON 3 |
Bagi jadual waktu imsak dan berbuka puasa Zon 3 Daerah Pontian dan Kluang :-
JOHOR ZON 4 |
Akhir sekali, jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk Zon 4 Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas :-
Jadual yang lengkap boleh dimuat turun melalui pautan :- JAKIM
Tarikh melihat anak bulan ramadhan tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Selepas pengisytiharan rasmi dibuat, penduduk negeri Johor boleh merujuk sumber rasmi daripada JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Johor atau Jabatan Mufti Johor.
Senarai Masjid Utama di Negeri Johor
Umat Islam digalakkan untuk mengimarahkan masjid dan surau sepanjang bulan ramadhan. Kita boleh menyertai aktiviti-aktiviti ibadah seperti qiamullail, solat sunat tarawikh dan majlis berbuka puasa. Terdapat 24 Masjid Utama Negeri Johor berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor seperti berikut:-
- Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru
- Masjid Mahmoodiah, Johor Bahru
- Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru
- Masjid Temenggong Daeng Ibrahim, Johor Bahru
- Masjid Tun Hussein Onn Larkin
- Masjid Haji Muhammad Yassin, Muar
- Masjid Sultan Ibrahim, Muar
- Masjid Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat
- Masjid Pekan Rengit, Batu Pahat
- Masjid Sultan Ibrahim, Batu Pahat
- Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat
- Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Batu Pahat
- Masjid Bandar Segamat
- Masjid Bandar Labis
- Masjid Bandar Kluang
- Masjid Bandar Pontian
- Masjid Temenggong Daeng Abdul Rahman, Pontian
- Masjid Al Husna Bandar Tenggara, Kota Tinggi
- Masjid Al-Hadi Kampung Makam, Kota Tinggi
- Masjid Al-Muttaqin Sedili Besar
- Masjid As Syifa’ Bandar Penawar
- Masjid Bandar Kota Tinggi
- Masjid Bandar Endau
- Masjid Bandar Mersing
- Masjid Bandar Tangkak
- Masjid Sultan Ismail, Tangkak
Diharapkan perkongsian di atas membantu umat Islam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan ramadhan dengan penuh tawakkal dan lancar.