Jadual Waktu Berbuka Puasa Selangor 2024 Dan Imsak

Panduan buat semua umat Islam di Malaysia. Adakah anda bersedia untuk menjalani bulan ramadhan iaitu bulan puasa bagi tahun ini? Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerbitkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh negeri di Malaysia. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Selangor 2024 Dan Imsak khusus untuk umat Islam yang menetap atau berada di negeri Selangor Darul Ehsan.

Bulan ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Ibadah berpuasa di siang hari, kemudian menunaikan solat sunat tarawikh serta qiamullail menjelang waktu bersahur bakal menjadi rutin harian. Oleh itu, perkongsian waktu berbuka dan imsak ini penting sebagai panduan untuk menguruskan masa supaya dapat berehat dengan cukup dan melaksanakan ibadah tanpa mengganggu pekerjaan masing-masing.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Selangor Dan Imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Selangor 2024 Dan Imsak

Negeri Selangor Darul Ehsan yang mempunyai sembilan daerah merangkumi tiga (3) zon waktu solat yang telah ditetapkan. Zon 1 terdiri daripada daerah Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Petaling dan Sepang, Zon 2 pula daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Zon 3 daerah Klang dan Kuala Langat.

Mukim bagi Daerah Gombak adalah Batu, Hulu Klang, Rawang dan Setapak. Daerah Hulu Langat pula Beranang, Cheras, Ampang, Hulu Langat, Hulu Semenyih, Kajang dan Semenyih. Hulu Selangor terdiri daripada mukim Batang Kali, Buloh Telor, Ampang Pechah, Hulu Bernam, Hulu Yam, Kalumpang, Kerling, Kuala Kalumpang, Peretak, Rasa, Serendah, Sungai Gumut dan Sungai Tinggi. Mukim daerah Petaling adalah Bukit Raja, Damansara, Petaling dan Sungai Buloh. Maka Mukim daerah Sepang terdiri daripada Dengkil, Labu dan Sepang.

Daerah Sabak Bernam pula merupakan mukim Bagan Nakhoda Omar, Panchang Bedena, Pasir Panjang, Sabak dan Sungai Panjang. Mukim di dalam daerah Kuala Selangor adalah Api-apai, Ujong Permatang, Hulu Tinggi, Ijok, Jeram, Kuala Selangor, Pasangan, Tanjong Karang dan Bestari Jaya. Manakala daerah Klang terdiri daripada Kapar dan Klang serta Daerah Kuala Langat terdiri daripada mukim bandar, Batu, Jugra, Kelanang, Morib, Tanjong Duabelas dan Telok Panglima Garang.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menjawab soalan mengenai Waktu Solat, konsep zon waktu solat diperkenalkan sebagai pelarasan pengiraan waktu solat di setiap negeri berdasarkan titik rujukan tertentu. Titik rujukan ini dipilih merujuk kepada kedudukan titik paling barat di dalam zon tersebut. Ini adalah mengikut kriteria yang telah dipersetujui oleh semua Jabatan Agama Negeri-Negeri di Malaysia. Di bawah adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Selangor 2024 Dan Imsak yang diterbitkan oleh JAKIM :-

WAKTU BERBUKA SELANGOR ZON 1 & IMSAK

Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Selangor Zon Tahun H

ZON 2

Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Selangor Zon Tahun H

ZON 3

Daerah Klang dan Kuala Langat

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Selangor Zon Tahun H

Jadual lengkap boleh dimuat turun melalui pautan : – JAKIM

Niat Berpuasa Ramadhan

Terdapat dua cara niat berpuasa iaitu:-

1. Cara Niat Sebulan Puasa Bulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadana Kullihi Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala

2. Cara Niat Harian Puasa Bulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-i Fardhi Syahri Ramadana Hazihis Sanati Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Adakah kita wajib untuk berniat pada setiap malam atau memadai berniat sekali sahaja pada awal Ramadhan untuk berpuasa sebulan?

Pada pendapat mazhab Syafi’i, wajib untuk berniat pada setiap malam

Tetapi jika seseorang lupa atau takut lupa untuk berniat, di boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik dengan berniat berpuasa sebulan pada malam satu Ramadhan. Namun, mengikut Mazhab Syafi’i dia tetap wajib berniat pada tiap-tiap malam sepanjang bulan Ramadhan.

Niat Puasa Ramadhan

Doa Berbuka Puasa

Di bawah adalah bacaan doa berbuka puasa secara seorang atau beramai-ramai :-

Doa Berbuka Puasa

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa ketika berbuka, Nabi SAW membaca :

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ
الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّه

“Rasa dahaga telah hilang, urat-urat telah basah dan pahala telah ditetapkan.” – HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani

Doa Ketika Berbuka

Antara adab semasa berbuka puasa adalah duduk dengan tenang, membaca doa, menyegerakan berbuka puasa, berbuka dengan buah tamar dan air, makan secara sederhana dan tidak membazir.

Ibadah sepanjang bulan Ramadhan yang boleh diamalkan adalah :-

  • Solat sunat, memperbanyakkan solat sunat dan qiamullail
  • Solat Terawikh, mengimarahkan masjid atau surau dan solat berjemaah
  • Bersedekah, memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa untuk berbuka
  • Membaca Al-Quran, Bertadarus
  • Melazimi dan memperbanyakkan bertasbih, beristighfar dan lain-lain lagi

Semoga perkongsian Jadual Waktu Berbuka Puasa Selangor 2024 Dan Imsak ini dapat memudahkan urusan semua umat Islam di Selangor dan Malaysia. Selamat berpuasa.

rel : jabatan mufti negeri selangor, zon 3 daerah hulu selangor gombak petaling sepang hulu langat, penyimpan mohor besar raja raja malaysia, tarikh melihat anak bulan syawal,

Tinggalkan Balasan